Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Agihan zakat ‘cashless’ usaha baik MAIWP

Gerak kerja sesuai dengan peredaran zaman: Ahmad Marzuk

KUALA LUMPUR, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary memuji usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperkenalkan Program Agihan Makanan Secara Digital.

Beliau berkata, melalui program ini, seramai 30,200 asnaf menerima Bantuan Kewangan Bulanan di MAIWP Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Katanya, mereka bakal menerima agihan zakat secara tanpa tunai (cashless) bagi tujuan pembelian atau penebusan barangan keperluan asasi.

“Ianya merupakan suatu transformasi teknologi digital dalam proses pengagihan zakat Baitulmal buat para asnaf,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Marzuk berkata, mendepani arus teknologi semasa yang semakin pesat berkembang, agensi agama perlu lebih progresif dan proaktif dalam memastikan setiap gerak kerja sesuai dengan peredaran zaman, termasuk dalam membantu para asnaf yang merupakan aktiviti utama agensi agama.



Sementara itu, dalam memperkasa golongan penerima zakat, institusi zakat bukan hanya dilihat sebagai tempat membayar dan menyerahkan wang-wang zakat semata.

Bahkan, yang paling besar adalah memastikan para penerima zakat ini suatu masa kelak, bakal merubah hidup mereka.



“Iaitu melalui latihan dan kemahiran yang disediakan oleh agensi agama, dan seterusnya menjadi pembayar zakat untuk membantu lebih ramai golongan tidak berkemampuan. Dan inilah maqasid zakat disyariatkan. 



“Islam tidak mahu melihat umatnya hanya menunggu mengharapkan bantuan sebaliknya penerima bantuan itu sendiri harus berusaha dan bertekad untuk meningkatkan taraf hidup, keluar daripada kepompong kemiskinan dan berazam untuk menjadi pembayar zakat pula.



“Semoga segala usaha kita dalam membantu para asnaf serta membangunkan sosioekonomi umat Islam dipermudahkan oleh Allah SWT,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button