Dunia

Arab Saudi khaskan 4 lapangan terbang untuk penerbangan haji

Libat lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif

KUALA LUMPUR, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan.

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja.

Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenar memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).

Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersil dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button