Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Indonesia didesak kawal ladang sawit elak kartel minyak kuasai pasaran

Harga runcit bekalan minyak melonjak sejak beberapa bulan lalu

JAKARTA, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Agensi antimonopoli Indonesia menggesa kawalan lebih ketat dilakukan di kawasan ladang kelapa sawit bagi mengurangkan risiko persaingan tidak adil dalam industri minyak masak.

Agensi yang dikenali KPPU kini sedang menyiasat kartel dalam sektor minyak masak yang menggunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan mentah sekali gus menyaksikan harga runcit bekalan berkenaan melonjak sejak beberapa bulan lalu.

KPPU dalam analisis awal mendapati sebanyak lima kumpulan perniagaan di negara itu menguasai sebahagian besar kawasan ladang kelapa sawit memperoleh lebih daripada kawasan yang telah ditetapkan, kata Pengarah KPPU Marcellina Nuring dalam taklimat yang diadakan secara maya, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mengumumkan nama kumpulan berkenaan dan berkongsi maklumat lanjut serta saiz ladang operasi.

Indonesia kini memiliki 16 juta hektar ladang kelapa sawit termasuk yang diuruskan petani kecil, firma persendirian dan syarikat kerajaan.

Syarikat-syarikat berkenaan dibenarkan untuk mengusahakan maksimum 100,000 hektar ladang.

Marcellina berkata, pihaknya kini sedang menjalankan kajian semula isu berkenaan dan akan menyerahkan hasil analisis kepada pihak berkuasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button