Berita UtamaDunia

Israel tandatangan perjanjian perdagangan bebas dengan UAE

Tarif akan dihapuskan atau dikurang kepada 96 peratus

DUBAI, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Rejim haram Israel menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam lapor Reuters.

Menurut laporan, perjanjian pertama yang ditandatangani Israel dengan negara Arab itu bertujuan untuk meningkatkan perdagangan dua hala tahunan mereka kepada lebih daripada $10 bilion.

Perjanjian dua hala itu ditandatangani di Dubai oleh Menteri Ekonomi dan Industri, Orna Barbivai dan rakan sejawatannya, Menteri Ekonomi UAE, Abdulla bin Touq Al Marri, selepas beberapa bulan rundingan.

“Perjanjian perdagangan bebas antara negara biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk ditandatangani,” kata Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam ciapan di laman Twitter.

Tarif akan dihapuskan atau dikurangkan pada 96 peratus barangan yang didagangkan antara negara, tambah laporan itu.

UAE meramalkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif akan meningkatkan perdagangan dua hala tahunan kepada lebih daripada $10 bilion dalam tempoh lima tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button