Dunia

Rumah seorang warga Palestin 6 kali diroboh pengganas Israel

Keluarga Abu Riyala dinafikan permit sejak tahun 1999

RAMALLAH, 1 Zulkaedah 1443H, Rabu – Tentera pengganas Israel hari ini merobohkan rumah seorang warga Palestin di kejiranan al-Issawiya di Baitulmaqdis Timur.

Tentera menyerbu kawasan kejiranan dan mengepung rumah keluarga Hatem Abu Riyala sebelum merobohkan kediaman itu buat kali keenam.

Abu Riyala berkata, majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis telah merobohkan rumah itu lima kali sejak tahun 1999, atas alasan kononnya dibina tanpa permit.

Ia berlaku ketika keluarga terbabit dinafikan permit untuk kediaman seluas 200 meter persegi dan didiami lapan orang penghuni itu.

Katanya, tindakan pihak perbandaran Israel berkenaan tidak menunggu keputusan mahkamah yang sepatutnya dikeluarkan hari ini.

Abu Riyala berkata, bukan hanya tindakan perobohan, tentera Israel turut menyerangnya dan ahli keluarga sehingga menyebabkan seorang anak lelakinya patah tangan.

Sebelum ini, perbandaran Israel mengancam untuk merobohkan kira-kira 20,000 rumah di Baitulmaqdis yang diduduki. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button