Berita UtamaDunia

Nama rasmi Turki kini Turkiye

Erdogan keluar memorandum minta dunia guna Turkiye dalam semua bahasa

GENEVA, 2 Zulkaedah 1443H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju menukar nama Republik Turki di organisasi tersebut kepada Turkiye susulan permintaan Ankara.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, surat permohonan diterima semalam daripada Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu yang dihantar kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.

Cavusoglu berkata, penukaran nama berkenaan berkuat kuasa selepas surat diterima.

Beliau juga mengumumkan penyerahan surat rasmi kepada PBB dan organisasi antarabangsa lain.

“Kami telah memaklumkan penukaran nama ini kepada PBB dan organisasi antarabangsa, negara-negara lain di seluruh dunia kepada penggunaan Turkiye,” katanya.

Turki memulakan langkah menukar nama rasmi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa kepada Turkiye pada Disember lalu.

Malah, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum meminta masyarakat dunia menggunakan Turkiye dalam setiap bahasa.

Beliau pada masa sama turut menggesa syarikat-syarikat yang menggunakan perkataan ‘dibuat dari Turkiye’ untuk barangan eksport menukar perkataan berkenaan.

Ia turut mengarah agensi-agensi di negara tersebut menggunakan nama baharunya dalam urusan rasmi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button