Berita UtamaDunia

HFMD bukan penemuan baharu, di kesan sejak 1969

Mempunyai trend peningkatan kes setiap tiga tahun

Oleh Zuhayati yazid

BANGI, 2 Zulkaedah 1443H, Khamis – Penularan jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) membabitkan kanak-kanak – yang menular ketika ini – bukanlah penemuan baharu, sebaliknya telah di kesan sejak 1969 di California.

Malah, ada kajian yang dilakukan penyelidik-penyelidik dari Belanda menyatakan penularan penyakit HFMD yang menyerang kanak-kanak berusia 10 tahun telah berlaku lebih awal lagi iaitu 1963.

Pegawai Perubatan, Dr Muhamad Danial Salim berkata, HFMD mempunyai trend peningkatan kes dalam tempoh setiap tiga tahun.

“Begitu juga kes di negara-negara Barat telah dikesan berlaku peningkatan kes yang mendadak terutama ketika musim luruh atau musim panas.

“Peningkatan kes dipengaruhi beberapa punca dan kajian mendapati trend kenaikan kes berlaku disebabkan perubahan pada virus.

“Selain itu perbezaan populasi imuniti turut mempengaruhi pertambahan kes seperti berlaku peningkatan imuniti dan juga kelahiran serta perubahan persekitaran,” katanya ketika menjadi panel dalam program Dimensi bertajuk; Kes HFMD Semakin Membimbangkan yang disiarkan di TV Pertiwi, malam ini.

Dr Mohamad Danial yang juga ahli I-Medik menegaskan, peralihan dari fasa pandemik ke endemik juga turut mempengaruhi kenaikan kes yang mendadak.

“Kalau duhulu kita tak hantar anak ke sekolah, sekarang sesi persekolahan dibuka sepenuhnya, pusat-pusat permainanjuga dibuka, semestinya kumpul ramai-ramai boleh menyebabkan pembiakan virus dengan lebih mudah,” katanya.

Setakat ini, 71,471 kes HFMD direkodkan pada minggu epidemiologi (ME) 22/2022 (30 Mei) seluruh negara, berbanding 2,485 kes direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas, peningkatan 28 kali ganda.

Daripada jumlah itu 65,032 kes iaitu 91 peratus dilaporkan berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah manakala 5,194 kes (tujuh peratus) dalam kumpulan umur tujuh hingga 12 tahun.

Pautan Dimensi;
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/753757795641310

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button