Berita UtamaDunia

Pasukan bola sepak Argentina batal perlawanan dengan Israel 6 Jun ini

Perlawanan 'persahabatan' diguna Israel untuk bersihkan rejim apartheidnya

BUENOS AIRES, 2 Zulkaedah 1443H, Khamis – Meskipun menghadapi tekanan tempatan dan antarabangsa yang intensif, pasukan bola sepak kebangsaan Argentina mengambil keputusan membatalkan perlawanan menentang Israel yang dijadualkan pada 6 Jun di Stadium Sami Ofer di Haifa.

Keputusan diambil walaupun persiapan panjang telah dibuat di Buenos Aires dan pengumpulan AS$2.5 juta untuk membiayai perlawanan persahabatan itu.

Gesaan agar perlawanan dibatalkan dibuat oleh gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) antarabangsa dan Jawatankuasa Solidariti Palestin Argentina serta pertubuhan hak asasi manusia dan perpaduan di negara Amerika Selatan itu.  

Keputusan dibuat sebagai jawapan kepada surat dari Kelab Bola Sepak Al-Khader Palestin kepada pasukan kebangsaan Argentina.

Surat itu mendapat liputan meluas, apatah lagi kerana pemain Al-Khader FC, Mohammad Ghneim, 19, dibunuh oleh pasukan pendudukan Israel pada April.  

Ia juga menyebut pembunuhan oleh penembak tepat Israel awal bulan ini terhadap wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh serta semua syahid Palestin yang terbunuh di tanah diduduki mereka.

Kelab itu memberitahu bahawa Amerika Selatan tidak boleh berdiam diri, perlawanan ‘persahabatan’ itu akan digunakan oleh Israel untuk membersihkan rejim apartheidnya. 

Perlawanan ‘pameran’ ini membantu memastikan Israel terus melaksanakan pembunuhan dan mencacatkan pemain muda Palestin. 

Surat itu ditujukan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Argentina, Claudio Tapia.

“Simpan nombor 14 dalam fikiran anda. Itu adalah nombor pasukan rakan sepasukan kami Mohammad. 

“Dia bukan lagi pemain sekarang, tetapi anda boleh membantu untuk menghalang Israel daripada terus membunuh pemain muda Palestin kami,” kata Al-Khader FC dalam suratnya.

Mohammad ditembak di belakang oleh askar Israel berhampiran rumah keluarganya, dan ia tidak jauh dari tembok apartheid terkenal di Israel yang memotong tanah, mencuri ladang, mengambil sumber air dan memisahkan bandar-bandar Palestin antara satu sama lain. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button