Uncategorized

Waspada jika ada beli 329 produk suplemen tak daftar

Diklankan untuk jualan melalui platform e-dagang

BANGI, 2 Zulkaedah 1443H, Khamis – Sebanyak 329 produk suplemen kesihatan yang tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM295,000 dirampas jabatan Kesihatan negeri Selangor (JKNS) dalam serbuan premis perniagaan di Kajang, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, sebahagian daripada 329 jenis produk yang dirampas diperoleh dari luar negara dan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Siasatan awal mendapati produk-produk berkenaan diiklankan untuk jualan melalui sebuah platform e-dagang terkenal dengan dakwaan ia berdaftar dengan KKM.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Jualan Dadah 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membeli produk kesihatan dan kosmetik dijual secara dalam talian dengan memastikannya ia mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

Semakan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik boleh dibuat dengan melayari www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button