Dunia

1,061 serangan anti-muslim di Austria sepanjang 2021

Majoriti berlaku pada platform media sosial melalui ucapan hasutan

VIENNA, 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Austria menyaksikan 1,061 insiden perkauman anti-muslim dan Islamofobia sepanjang tahun lepas, menurut Laporan Perkauman Anti-Muslim 2021.

Laporan yang dikeluarkan Pusat Dokumentasi dan Kaunseling Austria Untuk Umat Islam itu berkata, majoriti serangan berlaku pada platform digital kerana lebih banyak interaksi sosial di internet disebabkan oleh sekatan COVID-19.

Laporan itu mengatakan bahawa 69 peratus daripada mereka yang terdedah kepada perkauman anti-muslim, serangan lisan dan fizikal adalah wanita, manakala 26 peratus lagi lelaki.

Walaupun 65.4 peratus serangan terhadap umat Islam dilakukan di platform dalam talian, 34.6 peratus daripadanya berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan sosial.

Laporan itu juga mengatakan bahawa 77 peratus daripada serangan perkauman dilakukan oleh lelaki dan 22 peratus pula perempuan.

Katanya, ucapan kebencian dan hasutan terhadap orang Islam menyumbang kepada 78.5 peratus jumlah kejadian.

Walaupun penghinaan adalah 9.1 peratus daripada kes perkauman anti-muslim yang dilaporkan, terdapat 2.4 peratus daripadanya juga adalah berbentuk kerosakan fizikal terhadap harta benda milik orang Islam.

Sementara itu, sebanyak empat peratus daripada kes yang dilaporkan adalah amalan diskriminasi dan tingkah laku perkauman terhadap orang Islam dalam pelbagai bidang kehidupan sosial.

Insiden lain turut dilaporkan termasuklah layanan buruk oleh anggota polis, ancaman, keganasan psikologi dan gangguan fizikal yang mewakili 6.2 peratus daripada jumlah kes. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button