Pendapat

Apa yang Malaysia boleh belajar dari Korea Selatan?

Tumpuan kepada pendidikan bina rakyat berwawasan besar

PADA 1960-an Korea Selatan adalah negara kecil yang baru tamat Perang Korea serta tidak dikenali dunia.

2. Mereka mula membina kekuatan ekonomi dengan pendekatan ‘looking-outward policy’ iaitu memberikan fokus kepada eksport (pasaran luar negara) disebabkan rakyat yang sedikit serta kadar simpanan yang rendah.

3. Namun jauh lebih penting dari itu, kajian IMF menunjukkan faktor utama kebangkitan luar biasa negara ini yang juga digelar The Miracle on Han River ialah tumpuan kepada pendidikan bagi membina rakyat yang intelek, kritikal dan berwawasan besar.

4. Kini hampir 60% GDP Korea selatan disumbangkan oleh sektor perkhidmatan dan 30% GDP oleh sektor perindustrian.

5. Mereka merupakan kuasa ekonomi ke-4 terbesar di Asia dan ke-10 terbesar di dunia.

6. Siapa tidak kenal dengan syarikat gergasi dunia seperti Samsung, Hyundai, SK Holdings, Kia dan POSCO yang semuanya berasal dari Korea Selatan.

7. Ada banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari negara kecil ini bagi membangunkan ekonomi negara kita yang tercinta.

Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button