Berita UtamaDunia

Delegasi India lawat Afghanistan

Pantau operasi bantuan kemanusiaan, hubungan diplomatik dua negara

KABUL, 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Delegasi India diketuai Menteri Hal Ehwal Luar negara, J.P Singah tiba dalam lawatan pertama kali ke Kabul dan mengadakan mesyuarat pertama dengan pegawai kanan Afghanistan, semalam.

Kementerian menerusi kenyataan memaklumkan, lawatan ke Afghanistan bertujuan untuk memantau operasi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Afghanistan.

Setibanya ke Kabul, delegasi berkenaan mengadakan pertemuan dengan Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi.

“Mesyuarat lebih tertumpu kepada hubungan diplomasi India- Afghanistan, hubungan perdagangan dan bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap Kementerian Luar, Abdul Qahar Balkhi.

Mengulas lanjut, Amir Khan menyifatkan lawatan delegasi sebagai permulaan yang baik dalam meningkatkan hubungan kedua-dua negara.

“Beliau juga berterima kasih dengan bantuan perubatan yang disalurkan kepada Afghanistan, selain memberi penumpuan semula ke arah projek yang dilaksanakan oleh India,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik Afghanistan, Niamatullah Bizhan berkata, India berminat mengadakan hubungan diplomatik dengan Afghanistan disebabkan faktor keselamatan.

“India berminat membuat lawatan ke negara ini kemungkinan disebabkan kebimbangan keselamatan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button