Berita UtamaDunia

Maghribi rekod kes pertama cacar monyet

Keadaan pesakit stabil, tidak membimbangkan

RABAT, 3 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Maghribi mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara Afrika Utara itu.

Tanpa mengenal pasti kewarganegaraan pesakit, Kementerian Kesihatan berkata, kes itu diimport dari negara Eropah.

“Keadaan kesihatan pesakit stabil dan tidak membimbangkan,” katanya.

Baru-baru ini, beberapa negara Barat merekodkan jangkitan cacar monyet, termasuk Sepanyol, Portugal, Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Switzerland dan Austria, selain negara pengganas Israel.

Cacar monyet pertama kali dikesan di Republik Demokratik Congo pada 1970-an.

Gejala boleh bermula dengan demam panas, sakit kepala, sakit badan dan lemah.

Selepas kira-kira dua hari, ruam melepuh pada muka, tangan dan kaki.

Pesakit dinasihatkan untuk kekal dalam kuarantin sepanjang tempoh penyakit, yang biasanya berlaku dalam dua hingga empat minggu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button