Dunia

AS perluas vaksinasi COVID-19 untuk kanak-kanak bawah 5 tahun

Dijangka dilaksana seawal 21 Jun selepas dapat kebenaran FDA

WASHINGTON, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Pentadbiran Joe Biden memaklumkan pemberian vaksinasi COVID-19 kepada kanak-kanak bawah 5 tahun di negara itu dijangka dilaksanakan seawal 21 Jun ini, jika pengawal selia persekutuan membenarkan suntikan untuk kumpulan umur terbabit.

Penyelaras COVID-19 White House, Ashish Jha menggariskan perancangan pentadbiran untuk kumpulan umur yang terakhir tidak layak mendapatkan suntikan berkenaan.

Beliau berkata, panel penasihat luar Pentadbiran Makanan dan Dadah akan mengadakan perjumpaan pada 14 dan 15 Jun, untuk menilai pemberian Pfizer serta Moderna kepada kanak-kanak di peringkat umur tersebut.

Bekalan ke pejabat doktor dan kemudahan penjagaan kanak-kanak akan bermula sejurus mendapat kebenaran FDA, dengan pemberian suntikan pertama pada minggu berikutnya.

Jha berkata, negeri boleh mula membuat tempahan untuk vaksin kanak-kanak dan memaklumkan bahawa pentadbiran mempunyai bekalan awal sedia ada sebanyak 10 juta dos.

Katanya, bekalan baharu mungkin mengambil tempoh beberapa hari untuk tiba di seluruh negara dan janji temu vaksinasi juga akan meluas.

Garis masa itu akan memberi peluang kepada ibu bapa untuk memberikan anak-anak mereka vaksin sepenuhnya mengikut masa menjelang permulaan sesi persekolahan akan datang.

Pentadbiran Biden mendesak negeri untuk mengutamakan pusat utama pemberian vaksin seperti hospital kanak-kanak dan menyediakan janji temu di luar waktu bekerja bagi memudahkan ibu bapa membawa anak mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button