Dunia

Kes cacar monyet di AS meningkat lebih 2 kali ganda

Satu dikenal pasti dalam kalangan gay melalui hubungan seksual

WASHINGTON, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Bilangan kes cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih dua kali ganda sepanjang minggu lalu di 11 negeri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada Jumaat.

Sebanyak 20 kes yang disahkan dan disyaki, dengan pihak berkuasa menjangkakan jumlah berkenaan akan meningkat.

CDC mempunyai maklumat terperinci untuk 17 kes, di mana satu daripadanya telah dikenal pasti dalam kalangan gay, biseksual yang melakukan hubungan seks sejenis.

Sementara 14 pesakit pula adalah individu yang pulang dari melancong ke luar negara.

Cacar monyet biasanya bermula dengan gejala seperti selesema dan bengkak pada nodus limfa sebelum ruam mula terbentuk pada muka serta badan.

Gejala itu boleh mengambil masa sehingga 21 hari untuk muncul selepas terdedah kepada wabak.

Beratus-ratus kes telah dikesan di seluruh dunia sejak kes pertama kali dikenal pasti di Eropah dan AS pada bulan lalu.

AS kini mempunyai dua vaksin untuk melawan virus dalam simpanannya, dan CDC dilaporkan telah mengedarnya ke negeri-negeri. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button