Dunia

Penduduk Palestin sesak nafas akibat gas pemedih mata Israel

Peneroka sengaja cetus provokasi hingga bawa kepada pertempuran

RAMALLAH, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Tentera pengganas Israel terus bertindak agresif ke atas wilayah yang diduduki, apabila melancarkan serbuan dan provokasi hampir setiap hari ke atas kawasan penduduk Palestin.

Terbaharu, beberapa warga Palestin mengalami sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan oleh tentera Israel ketika pertempuran berlaku di kampung Qaryout di selatan Nablus.

Menurut sumber tempatan, puak peneroka Israel – di bawah perlindungan tentera – menyerbu kawasan mata air kampung itu, dan mencetuskan provokasi penduduk sehingga membawa kepada pertempuran.

Askar Israel kemudiannya menyerang penduduk kampung dengan gas pemedih mata dan bom tangan setrum selepas mereka cuba berdepan dengan kumpulan peneroka.

Akibatnya, beberapa penduduk mengalami sesak nafas ekoran serangan itu.

Serangan gas pemedih mata itu turut menyebabkan tanah berhampiran terbakar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button