Pendapat

PPMM pengukuh perjuangan bela agama, bangsa dan tanah air

Semoga PPMM terus lahirkan peguam muslim hebat dan berjiwa Islam

ALHAMDULILLAH, semalam saya telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang ke-35.

PPMM telah banyak berbakti kepada umat Islam dan sistem perundangan Islam di Malaysia melalui pelbagai usahanya yang tidak ternilai.

Tahniah PPMM yang dipimpin oleh sahabat saya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar yang saya kira sangat cemerlang membawa persatuan ini ke tahap yang membanggakan ini.

PPMM adalah anggota antara penting dalam gabungan PEMBELA lebih-lebih lagi dalam mengukuhkan perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air yang pastinya akan meliputi aspek undang-undang.

Semoga PPMM akan terus melahirkan peguam-peguam muslim hebat dan berjiwa Islam yang akan bangkit membela agama, bangsa dan tanah air.

Ameen.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
4 Jun 2022

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button