Berita UtamaDunia

503,150 pelarian Syria sudah kembali secara sukarela ke negara asal

Turki bina 100,000 rumah untuk rakyat Syria di Idlib

ANKARA, 5 Zulkaedah 1443H, Ahad – Seramai 503,150 rakyat Syria – yang menjadi pelarian di Turki – telah kembali secara sukarela ke negara mereka. 

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata, Ankara telah memberikan bantuan kemanusiaan paling banyak di dunia sepanjang empat tahun lalu.  

Bagaimanapun, keadaan tidak memungkinkan untuk negara itu menerima lebih ramai pelarian.

Bercakap pada acara untuk projek Turki membina rumah di Idlib, Syria, Suleyman berkata, kempen ‘Bersama, Kita Berdiri Bersama Idlib’ yang dilancarkan pada 2020 atas arahan Presiden Recep Tayyip Erdogan bertujuan membina 20,000 rumah dalam fasa pertama.  

Menteri menegaskan bahawa jumlah itu kini meningkat kepada 100,000.

Sebanyak 59,679 rumah telah dibina oleh organisasi dan institusi Turki; 45,903 daripadanya berada di wilayah Idlib, dan 13,776 berada di wilayah Euphrates Shield dan Olive Branch Operations. Lebih 51,000 keluarga telah ditempatkan di rumah-rumah berkenaan setakat ini.

Projek perumahan itu termasuk pembinaan 69 masjid, 24 pusat kesihatan, 68 sekolah, 23 taman permainan kanak-kanak, 26 kemudahan sosial, 95 telaga dan kedai roti, jelas Suleyman. 

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan diteruskan di 15 masjid, enam sekolah dan 14 kemudahan sosial.  

“Kami akan menyiapkan 100,000 rumah sebelum akhir tahun, kerana rumah ini menyelamatkan sekurang-kurangnya 600,000 pelarian daripada tinggal di dalam khemah,” katanya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button