Berita UtamaDunia

Afghanistan serah 4 lapangan terbang kepada UAE

Mahu semua negara mempunyai hubungan baik dengan Kabul

KABUL,5 Zulkaedah 1443H, Ahad – Kerajaan sementera Taliban secara rasmi menyerahkan operasi dan keselamatan empat lapangan terbang utama negaranya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kementerian Pengangkutan dan Penerbangan Awam Afghanistan memaklumkan, GAAC Solution, firma yang berpangkalan di Abu Dhabi telah mengambil alih Lapangan Terbang Kabul serta tiga lagi lapangan terbang lain – Kandahar, Herat dan Mazar-e- Sharif untuk dibaik pulih sepenuhnya.

Perjanjian turut melibatkan operasi keselamatan di kesemua empat lapangan terbang.

Penyerahan kepada syarikat milik UAE ditandatangani pada 24 Mei lalu namun di peringkat awalnya pihak UAE tidak bertanggungjawab dalam isu keselamatan namun bertukar fikiran selepas itu.

Pada majlis perjanjian berkenaan, Pemangku Perdana Menteri Mullah Abdul Ghani Baradar berkata, Taliban mahu kerajaan pimpinan mempunyai hubungan baik dengan semua negara di dunia.

Selain menggesa pelabur asing memilih Afghanistan, pihaknya turut menawarkan jaminan keselamatan yang komprehensif di negaranya.

Selepas Taliban mengambil alih pentadbiran negara Ogos tahun lalu daripada tentera Amerika Syarikat (AS), beberapa negara termasuk Qatar dan Turki telah menghantar pasukan teknikal bagi membantu operasi dan keselamatan di lapangan terbang di negara berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button