Berita UtamaDunia

Turki bina zon keselamatan 30km di sempadan Syria

Dibina di selatan sempadan, elak diganggu pengganas

ANKARA,5 Zulkaedah 1443H, Ahad – Turki kini sedang membina zon keselamatan di sepanjang 30 kilometer sempadan wilayah Syria, lapor Agensi Anadolu.

Presiden Recep Tayyip Erdoganlberkata, zon keselamatan dibina di kawasan selatan sempadan bagi mengelakkan terus diganggu pengganas.

Turki sejak beberapa minggu mengancam untuk menyerang bahagian utara Syria yang dikuasai tentera Demokratif Syria, dan berikrar untuk menghapuskan pengganas dan mewujudkan zon selamat sepanjang sempadan Syria -Turki.

Pasukan tentera Turki menyasarkan pemberontak Parti Pekerja Kurdis (PKK) yang dianggap pengganas selain mengancam melancarkan serangan terhadap YPG yang merupakan sebahagian daripada PKK.

Pada masa sama, Erdogan dilaporkan mengulangi pendirian Ankara mengenai Finland dan Sweden yang menyertai NATO yang dituduh menyokong kumpulan pengganas.

“Seluruh dunia harus tahu, NATO bukanlah sebuah organisasi yang menyediakan keselamatan kepada pengganas.

“Finland dan Sweeden secara rasmi memohon menjadi ahli NATO pada 18 Mei dan permohonan berkenaan memerlukan kelulusan semua anggota termasuk Turki,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button