Berita UtamaDunia

Hina Nabi Muhammad ﷺ, India berdepan tekanan diplomatik

Kuwait, Qatar kecam kenyataan kontroversi

NEW DELHI, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Kerajaan India berdepan tekanan diplomatik yang semakin meningkat susulan komen yang dibuat oleh pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) yang digantung tugas.

Jurucakap kebangsaan BJP, Nupur Sharma digantung daripada keahlian utama parti pada Ahad kerana komen yang dibuat dalam perbahasan televisyen baru-baru ini, manakala Ketua Operasi Media Delhi BJP, Naveen Kumar Jindal dibuang kerja.

Nupur dilaporkan telah menghina Nabi Muhammad ﷺ dan isterinya Saiditina Aishah dalam debat TV minggu lalu.

Berikutan bantahan terhadap komen yang dibuat ketika perdebatan itu, rakan sekerja Sharma Jindal dilaporkan telah menyiarkan tweet – yang kini dipadamkan – mengenai nabi yang turut menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Kenyataan itu telah dipersalahkan susulan pertempuran di India dan juga mendorong tuntutan penahanan jurucakap berkenaan.

Duta Besar India ke Kuwait dan Qatar telah dipanggil pada Ahad untuk menerima nota rasmi bantahan, dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan mengeluarkan kenyataan mengutuk kata-kata yang sangat menghina dan tindak balas BJP.

Kementerian Luar Qatar pula memanggil duta India bagi menyampaikan nota rasmi menyatakan kekecewaan dan penolakan serta kecaman sepenuhnya terhadap kenyataan kontroversi itu, lapor agensi berita negara QNA.

Sambil mengalu-alukan kenyataan BJP dan penggantungan kakitangan, Qatar menjangkakan permohonan maaf secara terbuka serta kecaman terhadap kenyataan oleh kerajaan India.

Kuwait juga memanggil duta India dan berkata, negara itu telah menyerahkan nota bantahan, di mana Kuwait menolak dan mengecam kenyataan yang dibuat oleh pegawai BJP, lapor Reuters.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut bersuara, sementara Arab Saudi menyifatkan komen jurucakap berkenaan sebagai menghina dan menggesa kepada tindakan menghormati kepercayaan dan agama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button