Berita UtamaDunia

25 maut bas terjunam dalam gaung di India

Pegawai sudah diarah siasat nahas

NEW DELHI, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Seramai 25 penumpas terbunuh selepas sebuah bas terjunam ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India pada Ahad.

Bas itu membawa 30 penumpang, termasuk pemandu dan seorang pembantu, menurut laporan media tempatan.

Penumpang bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Panna di Madhya Pradesh menuju ke sebuah kuil di daerah Uttarkashi, kira-kira 165 kilometer dari Dehradun, bandar raya Uttarakhand.

“Pegawai telah diarahkan untuk menyiasat nahas itu,” kata Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami di Twitter.

Ketua Menteri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan, pentadbiran Uttarakhand dan Pejabat Perdana Menteri mengumumkan bayaran ex gratia berjumlah 800,000 rupee (kira-kira RM45,200) kepada keluarga mangsa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button