Berita UtamaDunia

Afghanistan bersedia hantar tentera ke India jalani latihan

Mahu semua negara di dunia punya hubungan baik dengan Taliban

KABUL, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Menteri Pertahanan Afghanistan, Mullah Yaqub menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan tentera negaranya ke India bagi menyertai latihan.

Beliau menjelaskan, tiada masalah untuk menghantar pasukan tenteranya ke India dan bersedia merealisasikan perkara itu.

“Ya, kami tidak melihat perkara ini sebagai masalah, hubungan Afghanistan dan India akan diperkukuh melalui kerjasama ini,” katanya dalam wawancara secara eksklusif bersama saluran News 18 TV India, semalam.

Mullah menegaskan Afghanistan kini terbuka dan bersedia menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara di dunia termasuk India.

“Apabila kita bersama-sama menjalinkan hubungan diplomatik, kita juga akan bersedia ke arah hubungan pertahanan.

“Tidak akan ada sebarang masalah dengannya dan kami juga tidak melihat sebarang isu mengenainya,” tegas beliau lagi.

Taliban kini mahu kerajaan pimpinannya mempunyai hubungan baik dengan negara-negara dunia.

Selain menggesa pelabur-pelabur asing memilih negara ini, pihak Taliban turut menawarkan jaminan keselamatan yang komprehensif. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button