Berita UtamaDunia

Israel enggan serah cukai, PA mohon Qatar selesaikan masalah

Israel berhutang dalam bentuk cukai pendapatan bernilai AS$1 bilion

BAITULMAQDIS, 23 Safar 1442H, Ahad – Pihak Berkuasa Palestin (PA) menyeru, Qatar menjadi orang tengah bagi mendesak negara haram Israel mengakhiri krisis cukai pendapatannya.

Media Asharq Al-Awsat pada Jumaat melaporkan, bahawa pegawai PA telah bertemu pegawai Qatar di Doha untuk membincangkan isu cukai pendapatan belum dibayar, yang dianggarkan bernilai lebih daripada AS$1 bilion.

Sumber turut mengesahkan para pegawai PA mengharapkan media Qatar menyelesaikan masalah dengan Israel tidak lama lagi.

Mei lalu, PA telah berhenti menerima cukai pendapatan, yang telah dikumpul oleh Israel atas nama mereka.

Perkara itu berlaku setelah Presiden Palestin, Mahmoud Abbad mengumumkan untuk menghentikan semua perjanjian bersama Israel, sebagai tindak balas terhadap rancangan rejim Zionis meluaskan jajahan di Tebing Barat yang diduduki.

Keadaan itu memaksa PA meminjam wang daripada bank tempatan bagi membayar gaji pekerjanya.

PA telah mengalami penurunan bantuan asing paling kritikal ketika ekonomi Palestin mengalami kemerosotan teruk akibat wabak pandemik COVID-19.

PA menjangkakan defisit anggaran untuk tahun ini berjumlah AS$1.4 bilion. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button