Dunia

PM UK Boris Johnson berdepan undi tidak percaya

Ramai pihak tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya

LONDON, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Perdana Menteri Britain Boris Johnson bakal berdepan undi tidak percaya pada petang Isnin, umum pengerusi Jawatankuasa 1922 parti Tory, Sir Graham Bradley.

Bradley berkata undi tidak percaya itu akan diadakan petang ini antara 6 petang dan 8 malam, keputusan akan diumumkan sejurus selepas itu, lapor Agensi Anadolu.

Andai Johnson gagal dalam undi tidak percaya itu beliau perlu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pertandingan untuk melantik kepimpinan baharu akan bermula serta-merta.

Johnson menerima kritikan hebat selama berbulan-bulan susulan ramai pihak rasa tidak berpuas hati terhadap kepimpinannya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button