Berita UtamaDunia

Tentera Zionis lancar serangan terbaharu di Masjid al-Aqsa

Lebih 1,200 penduduk Palestin ditahan tanpa tuduhan sejak awal tahun ini

BAITULMAQDIS, 6 Zulkaedah 1443H, Isnin – Pasukan keselamatan negara haram Israel melancarkan serangan terbaharu ke atas kawasan sekitar Masjid al-Aqsa, hari ini.

Sepanjang pertempuran, ratusan penduduk Palestin yang tidak bersalah ditahan tanpa sebarang tuduhan.

Sumber melaporkan, lebih 1,200 penduduk telah ditahan tentera rejim Zionis di Tebing Barat sejak awal tahun ini.

Kata sumber lagi, kira-kira 350 yang ditahan telah dituduh terlibat dalam operasi penentangan di kawasan Masjid al-Aqsa.

Ramadan lalu, lebih daripada empat kali tentera negara haram menyerbu masjid suci umat Islam itu dan mengusir jemaah Palestin bagi membenarkan kemasukan peneroka haram Yahudi.

Sebilangan besar pegawai dikerahkan di halaman kompleks masjid sehingga memaksa penduduk Palestin keluar dan menutup pintu dewan solat bersama jemaah di dalamnya.

Sebelum ini, pemimpin Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismael Haniyeh pernah menggesa masyarakat dunia supaya menyokong Masjid al-Aqsa.

Selain itu, beliau turut berharap agar dunia dapat memelihara identiti milik Islam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button