Berita UtamaDunia

Bekas PM Pakistan akan ditahan lepas jaminan perlindungan tamat

Imran Khan didakwa kes merusuh, menghasut dan serangan bersenjata

NEW DELHI, 7 Zulkaedah 1443H, Selasa – Menteri Dalam Negeri Pakistan, Rana Sanullah memaklumkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan akan ditahan selepas jaminan perlindungannya tamat.

Kelmarin, Imran didakwa dengan puluhan kes termasuk merusuh, menghasut dan serangan bersenjata ke atas persekutuan India.

Malah, pihak keselamatan kini bersedia di luar kediaman bekas Perdana Menteri, Bani Gala untuk menahan Imran selepas jaminan berkenaan tamat.

“Bagaimana seseorang itu boleh menjadi ketua parti politik dalam masyarakat demokrasi apabila dirinya menghasut orang ramai mengabaikan nilai moral dan demokrasi sambil menyifatkan lawannya sebagai pengkhianat,” dakwa Rana.

Pada 2 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Peshawar (PHC) membenarkan Imran diikat jamin selama tiga minggu dengan jaminan 50,000 rupee.

Liga Pakistan Muslim-Nawaz (PML-N) mendakwa Imran dan isterinya, Bushra Bibi serta rakannya, Farah Gogi menghasilkan keuntungan berbilion-bilion rupee di bawah kerajaan Pakistan, Tehreek-e-Insaf.

“Bermula 2019, Imran memberi bantuan bernilai 320 juta rupee kepada Ahsan Jamil iaitu suami Farah di bawah skim pengampunan,” kata pemimpin PML-N, Atta Ullah Tarar.

Beliau turut memasang pita audio yang membuktikan perbualan dua hartawan perniagaan dan anak perempuannya yang mendedahkan bagaimana Farah menuntut hadiah daripada bekas Wanita Pertama India sebagai balasan kerana memberi kerjasama mendapatkan pengampunan berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button