Pendapat

Festival Bon Odori bukan untuk muslim

Jelas bertentangan dengan akidah Islam

TULAR satu poster Festival Bon Odori yang dijangka diadakan pada 16 Julai tahun ini di Shah Alam selepas dua tahun Perintah Kawalan Pergerakan.

Poster promosi penganjuran festival telah mengundang kekeliruan umat Islam apabila memaparkan imej anime wanita berhijab yang memakai kimono dan berstokin lengan.

Bon Odori adalah sebuah festival yang diraikan oleh masyarakat Jepun yang beragama Buddha. Festival ini disambut dengan tarian pemujaan roh nenek moyang yang telah mati.

Perayaan ini disambut mengikut kalender Cina Kuno iaitu sekitar 13 hingga 15 Julai setiap tahun.

Festival ini jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Rasulullah ﷺ bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” [HR Abu Daud: 4031-Sahih]

Hadith ini menunjukkan larangan dan amaran bagi sesiapa yang menyerupai orang kafir pada ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan, ibadah dan lain-lain perkara yang tidak disyariatkan. [Tafsir Ibn Kathir, 1/87]

Justeru, umat Islam tidak dibolehkan (haram) menyertai festival ini yang jelas jauh dari landasan syarak.

Yusra Noor
Pegawai Dakwah ISMA Bangi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button