Pendapat

Lambakan kuil: Apakah ini dinamakan keadilan?

Kita tak nafikan hak-hak agama lain, tapi berpada-padalah

SAMPAI bila mahu bertolak ansur atas nama perpaduan sehingga kamu ditolak beransur-ansur.

Wahai Kementerian Perpaduan! Wahai Majlis Keselamatan Negara! Wahai PBT! Bertindaklah atas nama kebenaran dan keadilan. Undang-undang sudah ada, kenapa terus berdiam diri.

Inikah yang dinamakan perpaduan dalam kepelbagaian atau unity in diversity yang selama ini dibangga-banggakan. Jangan perjudikan semua ini atas nama undi.

Penganut agama Hindu dalam lingkungan sejuta, tetapi rumah ibadat mereka paling banyak berserakan sana sini, saling bersebelahan, berdekatan, kiri dan kanan berderetan, tanpa kawalan, menenggelamkan penganut majoriti. Apa sudah jadi?

Hatta, sampai ke negeri Kelantan seperti Gua Musang, Tumpat, penduduk terlampau sedikit. Tetapi kuil didirikan begitu besar atas tanah kerajaan. Apakah perkara ini wajar. Fikirkanlah demi masa depan. Bukan secebis undi untuk masa kini.

Negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan lain-lain, semuanya sudah tidak terkawal. Apakah nama Darul Ehsan, Darul Ridzuan, Darul Aman, Darul Khusus, Darul Takzim, Darul Makmur, betul-betul mencerminkan keadaan sebenar?

Di kawasan penduduk yang terlampau minoriti pun ada kuil dalam skala besar. Apakah yang dinamakan keadilan?

Saya telah lama suarakan soal lambakan kuil hindu atas tanah kerajaan, tetapi terus dipandang sepi.

Terbaharu, rumah kediaman, berderetan dengan jiran-jiran, dijadikan kuil tanpa mendapat kelulusan PBT walaupun amaran demi amaran telah diberikan. Langsung tidak dipedulikan.

Apakah kita mahu tunggu terjadi kematian Adib kedua baharu mahu bertindak. Sekali lagi orang Islam menjadi mangsa, atas kesalahan orang lain. Wajarkah?

Isu kediaman dijadikan kuil ini bukan perkara baharu, sudah lama tetapi tidak ada apa-apa tindakan dikenakan secara tegas dan tuntas. Apakah yang kita lakukan selama ini?

Dalam bidang kuasa kita, kita tidak buat kerja. Asyik berpolitik. Kita tidak nafikan hak-hak agama lain, kerana itu termaktub dalam Perlembagaan, namun berpada-padalah.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button