Berita Utama

Pelbagaikan produk tempatan untuk kurangkan import

Syor inisiatif termasuk kembangkan penggunaan teknologi moden

BANGI, 9 Zulkaedah 1443H, Khamis – Kerajaan perlu memberi keutamaan untuk menghasilkan makanan tempatan, termasuk mengurangkan kebergantungan import terhadap makanan asas.

Kebergantungan ini bukan sekadar bahan asas ‘kecil’ seperti cili, tetapi perlu dilihat dalam konteks lebih luas seperti baja dan bahan input lain seperti jagung untuk dijadikan dedak.

Demikian syor Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi untuk Pertanian (CEBAR) Universiti Malaya, Dr Nurzatil Sharleeza Mat Jalaluddin dalam program Dimensi: Masa Depan Keselamatan Makanan Negara yang disiarkan TV Pertiwi, malam ini.

“Trend mengimport bukan sesuatu yang baharu sama ada setahun atau dua tahun, tetapi sejak puluhan tahun lamanya.

“Kesannya kepada defisit imbangan perdagangan yang meningkat dari setahun ke setahun. Sejak 1990 melalui statistik kita dapati sebanyak RM1.1 bilion defisit kerana kita import makanan asas.

“Tetapi selepas 30 tahun iaitu 2020 sebanyak RM21.7 bilion bagi perbelanjaan import daripada kewangan negara kita telah peruntuk untuk import makanan asas sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Nurzati percaya selagi negara kurang kebergantungan kepada import dan kurang upaya untuk menghasilkan makanan tempatan, selagi itulah negara tidak mempunyai simpanan makanan dalam jangka masa panjang.

Justeru, kerajaan perlu memainkan peranan penting menyediakan insentif atau bantuan kewangan bagi menarik lebih ramai petani atau golongan muda mengusahakan makanan asas sendiri.

Selain itu, kerajaan juga boleh mengadaptasikan teknologi dalam menghasilkan produk tempatan.

Pautan Dimensi;
https://fb.watch/dxLZqKP9Yo/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button