Berita Utama

554 liter arak tanpa cukai dirampas

2 suspek warga asing ditahan dalam serbuan Op Kontraban

BANGI, 9 Zulkaedah 1443H, Khamis – Sebanyak 554 liter minuman keras tanpa cukai bernilai RM118,691 dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang semalam.

Menerusi dua serbuan dalam Op Kontraban, dua suspek yang juga warga asing berusia 30 dan 40 tahun turut ditahan.

Komander PPM Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, serbuan itu dibuat di Taman Nagasari, Perai, kira-kira jam 11 pagi hasil maklumat awam.

“Tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967 dan Akta Eksais 1976.

Shamsol juga meminta orang ramai menyalurkan semua maklumat kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, dadah, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan sebagainya.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian di nombor 04-6558222,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button