Berita UtamaDunia

COVID-19: Kes baharu di Arab Saudi kembali lepasi 1,000

1,029 jangkitan baharu direkodkan buat kali pertama sejak Februari

RIYADH, 9 Zulkaedah 1443H, Khamis – Kes baharu COVID-19 di Arab Saudi pada Rabu melepasi paras 1,000 buat kali pertama sejak 20 Februari 2022.

Sejumlah 1,029 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Kira-kira satu pertiga kes (341) direkodkan di ibu negara Riyadh, 190 di Jeddah, 133 di Dammam, 48 di Makkah dan 41 di Madinah.

Beberapa bandar lain merekodkan kurang daripada 35 kes baharu.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan tiga kematian baharu berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 9,163.

Katanya, 616 pesakit telah pulih daripada jangkitan itu, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sepanjang tempoh pandemik itu kepada 756,871.

Lebih daripada 66 juta dos vaksin COVID-19 diberikan sejak kempen imunisasi kerajaan bermula, dengan lebih 25 juta orang sudah diberi vaksin lengkap. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button