Berita Utama

15 warga Malaysia terlibat kemalangan bas di Arab Saudi

Dua mangsa alami kecederaan serius patah tulang

PUTRAJAYA, 10 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan insiden kemalangan melibatkan bas pekerja dinaiki 15 warganegara Malaysia yang terbabas di Muzdalifah, Arab Saudi pada Khamis.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, mereka merupakan pekerja di sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dengan projek landasan dan perkhidmatan kereta api di Mekah. 

Susulan insiden itu, mereka yang terlibat dibawa ke Hospital An Nur dan King Faisal Hospital di Mekah bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Wisma Putra, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Arab Saudi berhubung  kemalangan itu.

Tambahnya, Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan terus memantau perkembangan insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya. 

“Kementerian Luar  mendoakan agar kesemua mangsa kembali pulih dengan segera,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button