Berita UtamaDunia

Erdogan mahu tanding pilihan raya presiden Turki

Cabar ketua pembangkang umum calon tentang Perikatan Rakyat

ANKARA, 10 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengesahkan berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden tahun depan.

Erdogan, 68, membuat pengumuman itu ketika berucap di bandar pantai Aegean, Izmir.

Beliau mencabar Ketua Parti Pembangkang utama, Kemal Kilicdaroglu, untuk mengumumkan calon yang akan berdepan dengan beliau bagi pihak pakatan parti pembangkang.

“(Recep) Tayyip Erdogan adalah calon Perikatan Rakyat,” katanya merujuk kepada antara Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) serta parti nasionalis.

“Jika anda mempunyai keberanian, isytiharkan pencalonan anda atau calon pakatan,” katanya.

Turki dijadualkan mengadakan Pilihan Raya Presiden dan Parlimen selewat-lewatnya pada Jun 2023.

Erdogan telah memimpin negara selama hampir 20 tahun, pertama sebagai perdana menteri dan kemudian sebagai presiden.

Bagaimanapun sokongan untuk beliau dan Perikatan Rakyat terus menurun di tengah-tengah inflasi yang tinggi dan krisis kos sara hidup.

Kilicdaroglu mengetuai pembangkang meraih kemenangan dalam pilihan raya perbandaran pada 2019, apabila calon datuk bandarnya menggulingkan parti pemerintah itu daripada jawatan di Istanbul – bandar terbesar di Turki – dan di ibu negara, Ankara.

Perikatan parti pembangkang masih belum mengumumkan calon presiden walaupun Kilicdaroglu dan datuk bandar Ankara serta Istanbul dilihat sebagai pesaing utama. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button