Berita UtamaDunia

Arab Saudi sedia geran AS$30 juta kepada Afghanistan bantu kerja kemanusiaan

Dikendalikan Bank Pembangunan Islam melalui Bantuan Kemanusiaan Raja Salman

RIYADH, 10 Zulkaedah 1443H, Jumaat – Arab Saudi mengumumkan geran sebanyak AS$30 juta (RM131 juta) bagi menyokong Tabung Amanah Kemanusiaan Afghanistan (AHTF).

Tabung berkenaan yang dikendalikan Bank Pembangunan Islam dengan kerjasama Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan disediakan melalui Pusat Bantuan dan Bantuan Kemanusiaan Raja Salman serta Dana Saudi untuk Pembangunan.

Pengarah Sumber Manusia dan Pelaburan KSrelief, Dr Samer Al-Jetaily berkata, geran ini akan digunakan khusus untuk kerja-kerja kemanusiaan yang mendesak di Afghanistan.

Penyerahan sumbangan geran berlangsung ketika majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di ibu pejabat KSrelief di Riyadh, semalam.

Mac lalu, Dana Amanah Kemanusiaan Afghanistan telah ditubuhkan oleh 57 buah negara-negara OIC.

Dana berkenan ditubuhkan dengan tujuan mengurangkan risiko kemanusiaan yang kritikal dan mengelak keruntuhan ekonomi di Afghanistan, yang kedua-duanya boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara berkenaan.

Arab Saudi telah menyediakan bantuan bernilai lebih daripada AS$266 juta kepada Afghanistan melalui derma dan program bantuan, termasuk projek yang memberi tumpuan kepada kesihatan, pendidikan, dan keselamatan air dan makanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button