Artikel KhasBerita Utama

Kedutaan India penakut atau rasa bersalah?

Tiada pegawai sudi layan, terima memorandum dari NGO Islam

HARI ini saya dan rakan-rakan serta ratusan umat Islam prihatin telah berhimpun di hadapan Kedutaan India untuk menyerahkan memorandum bantahan penghinaan Rasulullah.

Apabila kita tiba di sana, tiada pegawai yang sudi melayan dan menerima memorandum ini. Pintu dikunci rapi dengan penuh berhati-hati. Kita hanya boleh meninggalkan memorandum di bawah pintu sahaja.

Malah, saya difahamkan pada sebelah pagi beberapa sahabat dari YADIM juga telah hadir ke sini untuk menyerahkan memorandum mereka tetapi dihalau dengan begitu keras. 

Saya kira, ini satu penghinaan kepada umat Islam di Malaysia dan pada masa yang sama mereka rasa bersalah serta ketakutan untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul. 

Sebelum ini, saya sudah banyak berurusan dengan pelbagai kedutaan dalam pelbagai isu dan saya rasa ini yang paling teruk dan hina sekali. 

Tidak pernah sesekali pun pegawai mana-mana kedutaan atau pejabat agensi antarabangsa melayan pelawat sedemikian rupa. Sekali gus, mencerminkan sikap tidak profesional kerajaan negara India dan gagal menguruskan isu. 

Saya harap media-media tempatan dan antarabangsa dapat mengangkat peristiwa yang berlaku pada hari ini. 

Saya menyeru agar masyarakat antarabangsa khususnya rakyat Malaysia agar terus menggerakkan serta menyemarakkan tekanan terhadap pemerintah negara India dalam isu ini. 

Terima kasih kepada semua yang hadir tadi. Alhamdulillah.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button