Berita Utama

47 kawasan di daerah Petaling bakal alami gangguan bekalan air

Kerja tambah baik sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil

PETALING JAYA, 11 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Sebanyak 47 kawasan di daerah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 21 Jun mulai jam 9 pagi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, gangguan itu disebabkan kerja-kerja menambah baik sistem bekalan air di Kolam Air Bukit Dengkil.

“Gangguan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 22 Jun jam 9 pagi,” kata Air Selangor.

Ia berkata, kerja itu telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menaik taraf sistem bekalan air bagi kemudahan pengguna pada masa hadapan.

“Bekalan air itu dijangka disalurkan kepada pengguna secara berperingkat pada 21 Jun ini, bermula jam 9 malam selepas kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan selesai serta sistem pengagihan stabil,” kata Air Selangor dalam catatan Facebook.

Katanya, pelanggan yang terjejas perlu menyimpan bekalan air yang mencukupi dan menggunakan air secara berhemat semasa tempoh gangguan.

Pengguna boleh mendapatkan maklumat gangguan bekalan air berjadual dari semasa ke semasa melalui saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan melalui pusat bantuan di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button