Flyover Kajang 2 perlukan perhatian segera
Terdapat 3 'jerangkap' berbahaya di jalan utama

HARI ini saya dan pasukan ISMA Bangi membuat tinjauan dekat terhadap “jerangkap” di Flyover Kajang 2.
Terdapat 3 “jerangkap” berbahaya di jalan utama yang menghubung Kajang 2 dan Bandar Baru Bangi ini.
Yang pertama bersaiz 14 kaki x 5 kaki. Yang kedua bersaiz 2 kaki, tapi kedalamannya 8cm. Yang ketiga bersaiz 2.5 kaki, tapi kedalamannya hampir 10cm. Kesemua “jerangkap” ini menyakiti puluhan ribu pengguna setiap hari. Mana tidaknya, setiap kali waktu puncak, jalan ini sesak tak boleh “bincang”.
Saya adalah antara pengguna harian yang tersakiti. Seingat saya, jerangkap ini sudah wujud kira-kira setahun, tapi masih belum ada pembaikian. Mungkin tak ada pihak yang melaporkan kepada MPKj. Justeru, saya pergi ke tempat kejadian untuk dapatkan maklumat dan buat laporan.
Inilah flyover kebanggaan masyakarat Bangi-Kajang. Ia dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor pada 18 Julai 2017. Kita tak boleh biarkan flyover kita dalam keadaan memilukan seperti ini.
Apatah lagi Kajang 2 kini sedang pesat membangun dengan pelbagai projek perumahan dan bangunan komersial.
Saya mohon jasa baik pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan, sebelum berlaku insiden tak diingini.
Komuniti kita, tanggung jawab kita.
USTAZ BILAL JAILANI
YDP ISMA BANGI