Berita UtamaDunia

Penceroboh Israel cuba culik kanak-kanak Palestin

Masafer Yatta diserang, tugu peringatan rakyat Palestin dimusnahkan

TEBING BARAT, 11 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Penduduk haram Israel cuba menculik seorang kanak-kanak Palestin, di bandar Hebron Tebing Barat yang diduduki ketika serangan ke atas penduduk tempatan, lapor agensi berita Wafa.

Penyelaras kawasan Jawatankuasa Kebangsaan bagi Penentangan Tembok Apartheid dan Penempatan, Ratib Al-Jabour berkata, peneroka pelampau dari penempatan Ma’on dan Karmiel menyerbu bandar Yatta, yang berpusat di Masafer Yatta, di mana mereka menyerang penduduk Palestin.

Selain itu, mereka cuba menculik seorang kanak-kanak tetapi gagal selepas penduduk tempatan melawan, memaksa peneroka berundur.

Masafer Yatta terletak dalam Kawasan C, yang membentuk 60 peratus daripada Tebing Barat yang diduduki. 

Ia berada di bawah kawalan ketenteraan dan pentadbiran Israel dan, akibatnya, negara pendudukan menyimpan kawasan itu sebahagian besarnya untuk faedah peneroka haram.

Pada masa sama, peneroka Israel memusnahkan tugu peringatan berhampiran Suleiman Al-Hathaleen, 69 tahun, yang terbunuh awal tahun ini selepas seorang peneroka Israel melanggarnya dengan sebuah kereta atas arahan tentera Israel.

Penduduk di situ kerap diserang peneroka haram dari penempatan Karmiel Israel, yang berkembang dengan mengorbankan tanah kampung itu.

Menurut statistik PBB, Israel telah merobohkan atau merampas 217 bangunan Palestin di Masafer Yatta sejak 2011, menyebabkan 608 orang Palestin dipindahkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button