Berita UtamaDunia

Syria henti penerbangan selepas serangan rejim pengganas Israel

Peluru berpandu dilancarkan dari Bukit Golan sekitar 4.20 pagi

DAMSYIK, 11 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Syria menghentikan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, selepas serangan udara rejim pengganas Israel merosakkan landasan, menurut sumber.

Kementerian Pengangkutan berkata, penggantungan penerbangan masuk dan keluar disebabkan gangguan teknikal, tetapi seorang pekerja lapangan terbang memberitahu AFP bahawa serangan subuh oleh Israel telah menjejaskan kemudahan itu.

“Kami terpaksa menangguhkan semua penerbangan selama sekurang-kurangnya 48 jam dan beberapa penerbangan telah ditukar laluan melalui lapangan terbang Aleppo,” kata pekerja lapangan terbang dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap mengenai isu itu.

Seorang pegawai di sebuah syarikat penerbangan Arab dengab syarat yang sama berkata, landasan lapangan terbang telah diserang ketika serangan Israel – perkembangan yang juga dilaporkan oleh akhbar pro-kerajaan al-Watan.

Media kerajaan Syria telah melaporkan serangan Israel di selatan Damsyik, dengan mendakwa, satu peluru berpandu dilepaskan dari Bukit Golan yang diduduki pada sekitar 4.20 pagi (0120 GMT).

Pertahanan udara Syria memintas kebanyakan peluru berpandu, tetapi peluru yang mencapai sasaran menyebabkan sekurang-kurangnya seorang orang awam cedera.

Bahkan ia turut menyebabkan kerosakan harta benda, kata agensi berita rasmi SANA. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button