Berita Utama

Sampel kuih Limas bergumpal rambut diserah ke pejabat kesihatan

Pelanggan boleh buat aduan jika peniaga langgar etika penyediaan, penjualan makanan

IPOH, 12 Ramadan 1443H, Khamis – Sampel kuih limas yang tular dalam media sosial kerana penemuan gumpalan rambut di dalamnya yang didakwa dibeli di sebuah bazar Ramadan di Perak telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, hasil semakan terhadap perkongsian aduan makanan tercemar yang dikongsi oleh pengadu pada 9.39 malam semalam, mendapati lokasi kejadian adalah di Bazar Ramadan Teluk Intan.

“Berdasarkan risikan yang dijalankan, pengadu telah dikesan dan diminta untuk tampil ke PKD Hilir Perak untuk membuat aduan secara rasmi.

“Bapa pengadu iaitu individu yang membeli makanan yang tercemar tersebut telah hadir ke PKD untuk membuat aduan secara rasmi dan makanan yang diadukan masih disimpan telah diserahkan kepada pihak pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Beliau mengulas gambar tular dengan kapsyen antara lain menyebut ‘Sehelai rambut boleh dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan’ sambil dilampirkan gambar kuih dan gumpalan rambut tersebut.

Mohd Akmal berkata, siasatan akan dijalankan di tempat kejadian dan lokasi makanan disediakan menerusi Operasi Khas ‘Kuih Limas’ dan disiasat menggunakan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281). 

Katanya, pelanggan disaran untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang melanggar dan tidak mematuhi etika penyediaan dan penjualan makanan yang selamat melalui laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan, secara jumpa terus ke PKD terdekat atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Beliau berkata orang ramai juga boleh membuat aduan dengan mengemukakannya melalui e-mel [email protected] Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button