Berita UtamaDunia

Palestin puji keputusan Norway label produk buatan Israel

Langkah tepat untuk mudahkan boikot produk dari negara haram

RAMALLAH, 13 Zulkaedah 1443H, Isnin – Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat memuji langkah Norway yang melabelkan produk negara haram Israel yang dibawa dari penempatan negara itu dengan tempat pengeluar produk berkenaan.

Kementerian dalam kenyataan memaklumkan, keputusan Norway itu selaras dengan keputusan Suruhanjaya Eropah 2015 dan selari dengan komitmen Kesatuan Eropah (EU) dan Norway terhadap undang-undang antarabangsa serta resolusi legitimasi antarabangsa, termasuk Resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Keputusan Norway adalah langkah perundangan dan moral yang penting ke arah yang betul, membawa kepada pemboikotan produk penempatan Israel, melarang kemasukan mereka dan kemasukan peneroka ke negara Eropah dan dunia.

β€œIni adalah langkah tepat dalam untuk mengenakan sekatan ke atas kuasa pendudukan, kerana pembinaan penempatan merupakan pelanggaran besar undang-undang antarabangsa dan perjanjian yang ditandatangani, dan merupakan jenayah perang terhadap kemanusiaan,” kata kementerian berkenaan.

Kementerian dalam masa sama, menggesa semua negara untuk melabel dan memboikot produk dari negara haram, Israel demi menegakkan sistem antarabangsa berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Sementara itu, Kementerian Luar Israel dalam kenyataan berkata, tindakan itu bakal memberi kesan kepada hubungan bilateral kedua-dua negara serta usaha Norway dalam mempromosikan hubungan antara Israel dan Palestin.

Kenyataan itu merujuk kepada usaha berterusan Norway sebagai mediator dalam konflik Israel-Palestin.

Jumaat lalu, Kerajaan Norway mengumumkan dasar baharu negara itu bahawa ia tidak mencukupi untuk sekadar melabel produk yang datang di wilayah diduduki Israel.

Langkah itu membabitkan pengimportan wain, minyak zaitun, buah-buahan dan sayur-sayuran serta terpakai kepada produk yang dibawa dari Tebing Barat termasuk timur Baitulmaqdis dan Bukit Golan.

Norway menjelaskan, prinsip berdasarkan keputusan seperti yang ditetapkan dalam arahan 2019, ialah supaya pengguna tidak tertipu dengan label negara asal sesuatu produk. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button