Berita UtamaDunia

Arab Saudi tarik balik langkah berjaga-jaga COVID-19

Tak perlu pakai pelitup di kawasan tertutup kecuali di Masjidil Haram, Masjid Nabawi

RIYADH, 14 Zulkaedah 1443H, Selasa – Arab Saudi mengumumkan penarikan langkah yang diambil untuk mencegah penularan COVID-19, termasuk keperluan memakai pelitup muka di tempat tertutup.

Agensi Akhbar Saudi (SPA), memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri sebagai berkata, individu tidak perlu lagi memakai pelitup muka di kawasan tertutup, kecuali Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Manakala fasiliti kesihatan, acara awam, kapal terbang dan pengangkutan awam yang mahu meneruskan langkah pencegahan boleh meminta orang ramai memakai pelitup muka.

Selain itu, bukti vaksinasi pada aplikasi Tawakkalna tidak lagi diperlukan untuk memasuki premis, acara, aktiviti, kapal terbang dan pengangkutan awam, katanya.

Rakyat yang ingin meninggalkan Arab Saudi akan dikehendaki mengambil dos penggalak ketiga selepas lapan bulan.

Bagaimanapun, peraturan baharu itu tidak terpakai kepada individu di bawah kumpulan umur tertentu atau mereka yang telah dikecualikan daripada diberi vaksin oleh Kementerian Kesihatan.

Kementerian terus menggalakkan orang ramai mengambil suntikan penggalak ketiga untuk melindungi diri mereka daripada virus itu, lapor SPA. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button