Berita Utama

BERJASA rancang sidang meja bulat bantu peniaga

'Mana peniaga nak berpaut? Kerajaan tak bela, pelanggan marah'

BANGI, 14 Zulkaedah 1443H, Selasa – Parti BERJASA merancang untuk mengadakan sidang meja bulat bersama pelbagai pihak berkaitan bagi mengangkat keresahan golongan peniaga dan pembeli terhadap kenaikan harga barang.

Malah, pasukan Pemuda BERJASA turut merancang memperluaskan tinjauan bagi membantu peniaga-peniaga yang terkesan dengan masalah ini.

Ketua Pemuda BERJASA, Ustaz Fahmi Bazlan berkata, selain golongan pengguna, peniaga-peniaga juga antara yang sangat terkesan dengan kenaikan harga barang kebelakangan ini.

“Tengok atas, kerajaan tak bela peniaga, tengok bawah pelanggan marah peniaga. Ke mana mereka nak berpaut?

“Hari ini saya turun ke Souq As-Salam Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam bagi mendengar dan meninjau keresahan peniaga juga pembeli yang datang untuk membeli keperluan seharian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kenaikan harga telur, ayam dan terbaharu daging adalah antara topik hangat yang dibangkitkan.

“Nak harapkan Majlis Penasihat Pertanian, tak nampak muka petani apatah lagi peniaga bawahan.

“Kalau ada apa-apa aduan atau cadangan untuk pembaikan lagi-lagi berkaitan sekitar Shah Alam, terus sampaikan kepada saya di fahmibazlan.com,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button