Berita UtamaDunia

Raja Bahrain titah rombakan Kabinet

Rombakan terbesar dalam sejarah negara, pertukaran 17 menteri

KAHERAH, 14 Zulkaedah 1443H, Selasa – Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Salman al-Khalifa menitahkan rombakan Kabinet pada Isnin termasuk melantik Menteri Minyak baharu, lapor media kerajaan.

Mohammed bin Mubarak Bin Dainah, yang merupakan utusan negara untuk hal ehwal iklim, dinamakan Menteri Minyak dan Alam Sekitar, menggantikan Sheikh Mohammed bin Khalifa bin Ahmed Al Khalifa.

Rombakan itu termasuk melantik Sheikh Khalid bin Abdulla Al Khalifa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Infrastruktur, Zayed bin Rashid Al Zayani sebagai Menteri Industri dan Perdagangan dan Fatima binti Jaafer al Sairafi sebagai Menteri Pelancongan.

Agensi berita negara (BNA) memetik Putera Mahkota dan Perdana Menteri, Salman bin Hamad al-Khalifa sebagai berkata, rombakan itu akan membawa idea dan dorongan baharu untuk terus memajukan sektor awam.

Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Salman al-Khalifa titah rombakan Kabinet pada Isnin termasuk melantik Menteri Minyak baharu, lapor media kerajaan.

Rombakan itu, yang terbesar dalam sejarah negara, telah mengakibatkan pertukaran 17 daripada 22 menteri, dengan pengenalan sebahagian besar menteri muda, termasuk empat wanita, kata jurucakap kerajaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button