Berita UtamaDunia

Polis Jerman leraikan demonstrasi COVID-19

'Perintah berkurung ringan' bahayakan warganegara

BERLIIN, 20 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Polis Jerman campur tangan bagi menyuraikan demonstrasi oleh penentang tindakan pencegahan coronavirus di bandar utara Bremen selepas tunjuk perasaan itu dilarang oleh mahkamah tertinggi negara itu.

Sebelum ini, mahkamah Perlembagaan Jerman mengesahkan keputusan sebelumnya oleh mahkamah rendah yang menolak izin 20,000 peserta untuk berkumpul di pusat bandar Bremen.

Bagaimana keputusan itu seolah-olah tidak diendahkan apabila ratusan orang masih berkumpul, segelintir di antaranya menentang langkah pencegahan coronavirus kerajaan dan yang lain adalah sebahagian daripada demonstrasi balas.

Menerusi Twitter, polis Bremen berkata, mereka berusaha untuk memisahkan kumpulan itu dan menyuraikan perhimpunan yang dilarang, serta mendesak orang ramai untuk memakai pelitup muka.

Bulan lalu, polis melepaskan tembakan meriam air dan lada dalam usaha untuk menyuraikan ribuan penunjuk perasaan di Berlin yang marah dengan sekatan coronavirus.

Walaupun kebanyakan rakyat Jerman menerima ‘perintah berkurung ringan’ bagi mengekang gelombang kedua coronavirus, pengkritik mengatakan langkah-langkah itu membahayakan hak sivil warganegara.

Khamis lalu, pengarah agensi kesihatan awam Jerman berkata, kejayaan negara itu dalam menangani gelombang pandemik pertama pada Mac dan April lepas menyebabkan ramai pihak meragui keparahan virus itu bahkan kewujudannya.

Walaupun jumlah jangkitan harian tidak lagi meningkat mendadak seperti sebelum ini, angka kes berhenti pada tahap tinggi, dan Jerman melaporkan jumlah kematian satu hari tertinggi sejak bermulanya wabak itu pada Rabu lepas.

Semalam, jumlah kes coronavirus yang disahkan di Jerman meningkat sebanyak 23,318 menjadi 1,153,556, menurut data Institut Robert Koch (RKI), sementara jumlah kematian yang dilaporkan meningkat sebanyak 483 orang menjadi 18,517. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button