Berita UtamaIstimewa

Hina Nabi: Boikot produk pengajaran untuk India

Gesa kerajaan Malaysia kaji semula hubungan dengan India

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 15 Zulkaedah 1443H, Rabu – Umat Islam seluruh dunia masih menunggu permohonan maaf secara terbuka daripada dua ahli politik India yang bertindak biadab menghina Nabi Muhammad ﷺ

Timbalan Presiden gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Ahmad Kamsani berkata, tindakan menghina terhadap sesiapapun adalah perbuatan tidak wajar sama, lebih-lebih lagi jika penghinaan itu dilakukan oleh pemimpin negara.

Justeru, beliau berpendapat, gesaan supaya seluruh umat Islam memboikot barangan dari India sebagai tindak balas terhadap kenyataan dua ahli politik negara itu sesuatu langkah yang wajar sebagai protes dan amaran.

“Selain itu, kerajaan Malaysia perlu melihat semula hubungan dengan India.

“Masyarakat dunia juga perlu lihat kekejaman yang berlaku di India terhadap umat Islam yang berlarutan sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Terdahulu, Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan Melayu mendesak supaya umat Islam di negara ini memboikot semua barangan keluaran India.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, tindakan awal itu perlu dilakukan sebagai tanda protes terhadap perbuatan dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) berhubung isu Islamophobia dan menghina Nabi Muhammad ﷺ.

Katanya, ia juga langkah awal bagi mendesak Perdana Menteri India, Narendra Modi bersama kerajaannya memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Pautan terdahulu;
https://ismaweb.net/2022/06/13/hina-nabi-muhammad-kerajaan-india-digesa-mohon-maaf/
https://ismaweb.net/2022/06/10/kedutaan-india-penakut-atau-rasa-bersalah/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button