Dunia

Menteri Pakistan minta rakyat kurangkan minum teh

Cuba kurangkan bil import untuk jimat pertukaran asing

NEW DELHI, 15 Zulkaedah 1443H, Rabu – Menteri Perancangan Pakistan, Ahsan Iqbal meminta orang ramai mengurangkan pengambilan air teh bagi menjimatkan pertukaran wang asing.

Menteri itu mencadangkan supaya orang ramai mengurangkan pengambilan teh setiap hari sebanyak satu atau dua cawan.

“Saya merayu kepada negara untuk mengurangkan penggunaan teh… kerana kami mengimport teh itu selepas meminjam wang,” katanya di Islamabad pada Selasa.

Di media sosial rakyat Pakistan meluahkan rasa tidak percaya terhadap cadangan itu yang disifatkan akan menjejaskan budaya minum teh yang popular dalam kalangan penduduk.

Pakistan merupakan antara pengimport teh terkemuka dunia, dengan nilai import sepanjang tahun fiskal Julai 2020-Jun 2021 ialah US$580.5 juta.

Dari segi kuantiti, import teh meningkat kira-kira 16 peratus kepada 258,491 tan untuk tempoh 12 bulan.

Pakistan cuba mengurangkan bil importnya untuk menjimatkan pertukaran asing di tengah-tengah kejatuhan rupee berbanding dolar US.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button