Berita Utama

RON97 naik 11 sen seliter

Harga baharu berkuat kuasa esok hingga 22 Jun ini

BANGI, 15 Zulkaedah 1443H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik 11 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 16 hingga 22 Jun ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga baharu RON97 berkuat kuasa esok adalah RM4.83 sen seliter.

“Harga runcit bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button