Berita UtamaDunia

Russia mungkin iktiraf kerajaan Taliban

Sedia simpan bekalan bijirin elak krisis makanan berlarutan

MOSCOW, 15 Zulkaedah 1443H, Rabu – Russia berkemungkinan akan mengiktiraf kerajaan sementara Taliban dan bersedia menyimpan bijirin ke negara Asia Selatan itu bagi mengelakkan krisis makanan berlarutan.

Duta Russia ke Afghanistan, Zamir Kabulov berkata, tidak mustahil bagi kedua-dua negara menentukan syarat dan membincangkan perkara berkenaan.

Menerusi temubual khas bersama saluran TV Russia, Kabulov berkata, negara itu tidak akan mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain untuk tidak mengiktiraf kerajaan Taliban.

Katanya, Taliban juga bersedia bekerjasama dengan Russia dan menerima perkara itu selari dengan peraturan antarabangsa.

Kabulov memberitahu bahawa Timbalan Menteri Perdagangan Afghanistan akan mengadakan kunjungan ke Moscow, dan mendakwa negara itu berhasrat membeli beberapa barangan dari Russia.

Sementara itu, Presiden Vladimir Putin berkata, pihaknya telah membenarkan bekalan bijirin dikhaskan kepada Afghanistan.

Selepas pengunduran tentera AS di Afghanistan pada Ogos lalu, masyarakat dunia masih belum mengiktiraf Taliban sebagai pemerintah negara itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut memberi amaran bahawa lebih sejuta kanak-kanak Afghanistan berisiko berdepan masalah kekurangan makanan tahun ini.

Lebih menyedihkan musim kemarau melanda negara berkenaan memburukkan lagi keadaan selain krisis kemiskinan.

Malah, beberapa agensi kemanusiaan telah memotong berbilion bantuan kewangan kepada kerajaan Taliban menyebabkan lebih ramai keluarga berdepan keadaan ekonomi yang kritikal. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button